Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir July 24, 2023 @ 7:28pm

“Saya Tak Paksa Dia Untuk Tarik Kes…” – Radhi OAG Nafi Setuju Nak Bayar RM300,000 Pada Bekas Isteri

Bekas isteri Radhi OAG iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri, 29, mengesahkan masih belum menarik balik laporan polis berhubung kes penyanyi itu memukulnya.

Memetik laporan Harian Metro, masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan antara mereka sebelum keputusan diambil.

“Ada benda yang tidak jelas lagi antara saya, Radhi dan peguam. Jadi selepas kami berbincang tadi, kami buat keputusan untuk tunda lagi pada tarikh berikutnya.

“Kita tunggulah tarikh ini nanti. Selebihnya saya enggan mengulas lanjut,” katanya.

Pada 21 Jun lalu, Nur Shahira meminta Radhi membayar RM300,000 kerana dikatakan telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah ke atas dakwaan mencederakan wanita itu.

Sementara itu, Radhi atau nama sebenar Muhammad Radhi Razali, 46, kelihatan agak kecewa dengan keputusan bekas isterinya.

“Sepatutnya dia kata tarik (laporan polis). Hakim dah suruh buat masa dia nak tarik, tapi dia tak buat lagi. Persetujuan berkenaan RM300,000, yang RM5,000, yang RM500 pun saya nafikan sebab itu antara dia dan peguam.

“Itu cadangan peguam kepada Ayu, tapi saya tak sahkan lagi. Saya tak ada paksa pun dia tarik kes itu. Ia di atas perbincangan. Saya tak nampak saya bayar dia untuk tarik kes ini,” ujarnya.

Selain itu, Radhi berharap agar kes tersebut dapat diselesaikan tanpa campur tangan pihak ketiga.

“Saya rasa macam tak jelas lagipun saya harap dapat selesaikan dengan Ayu tanpa campur tangan orang lain, macam ada aura tak sesuai.

“Kalau boleh dapat selesaikan dengan baik bersama dia serta keluarga,” jelasnya.

Pada 20 April lalu, Radhi ditahan di kawasan kediamannya di Kota Damansara, Selangor selepas dipercayai memukul bekas isteri, bagaimanapun penyanyi itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan.

Kes mendatangkan kecederaan berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketika prosiding, peguam Haziq Aizuddin Subhi yang mewakili Radhi, meminta mahkamah memberikan masa untuk perbincangan semula anak guamnya bersama bekas isteri.

Majistret, Muhammad Iskandar Zainol, kemudian menetapkan 29 Ogos bagi sebutan semula kes ini dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Khairun Nisa Noor Harun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 5 May 2020

Pembayaran Fasa 2 BPN Kepada B40, M40 Kini Bermula- Menteri Kewangan

Berita penting buat mereka yang memohon BPN!

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

This Female K-POP Idol Actually Wants to GAIN Weight!

She said she’s 50kgs but wants to gain more.

Trending Tue, 18 Aug 2020

Sukuk Prihatin : Bantuan RM500 Juta Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Krisis

Semoga bantuan ini dapat membantu golongan yang terjejas

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Bila Altimet Berbicara Pasal Kulit

Altimet akhirnya bersuara setelah sekian lama memendam rasa.

Hiburan Tue, 24 Dec 2024
Hiburan Tue, 30 Dec 2025

“Kami Masih Suami Isteri” – Kaka Azraff Akhirnya Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bergolak

Kaka Azraff memilih untuk lebih berhati-hati agar perkara peribadi tidak terlalu dihebahkan kepada umum

error: Content is protected !!