Categories: HiburanSelebriti

“Saya Tak Sanggup Dah…”- Nabila Huda Ajak Selebriti Kurangkan Post Gambar Peribadi

Pelakon Nabila Huda kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang dikatakan tidak menghormati rakan selebriti termasuk dirinya di sosial media. 

Kata pelakon Kamar Kamariah ini, dia sudah tidak sanggup membaca apa yang ditulis di sosial media terutama sekali apabila menyentuh tentang kehidupan peribadi seseorang artis itu.

” Saya tak sanggup dah baca dan tengok rakan di dalam industi ditindas, dicaci di khalayak ramai. Yang buruknya semua datang dari kami…Jahat, bad influence, neraka tempat kami. I think it’s too much already.

” Tidak ada langsung kebaikan dari kami yang bergelar “retis” ni…how can we let them talk bad about us?,” soalnya.

Nabila memaklumkan dia amat kecewa dengan netizen yang cenderung untuk memperkatakan hal peribadi lebih daripada kerjaya seseorang.

” Yang dorang kisah adalah cerita sampah mengenai kita. They don’t care what is our next project. Yang dorang nak tahu, cerita peribadi kita.

” Cukuplan…saya rasa sudah tiba masanya untuk kita mengajar mereka. Bermula hari ini, sila hentikan berkongsi mengenai hal peribadi di sosial media. 

” Post je pasal kerja, pasal our next project. Kurangkan post di sosial media mungkin bakal membantu,” luahnya.

Sementara itu, rata-rata rakan selebriti bersetuju dengan hantaran yang dimuatnaik oleh Abil ini. You go girl!

 

SGMS Faida