Categories: HiburanSelebriti

“Pedophile Is Watching” Ini Pesanan Netizen Buat Que Haidar

Pelakon dan Usahawan, Que Haidar telah memuat naik video anak-anaknya sedang menari menerusi akaun instagramnya semalam, sekaligus video tersebut menarik perhatian netizen.

Video berdurasi satu minit itu menunjukkan Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra sedang khusyuk menari sambil ditemani lagu Bad Romance, nyanyian Lady Gaga.

Walaupun video tersebut dibuat khas untuk tatapan Que, namun segelintir netizen dan peminat beliau memberikan nasihat agar video tersebut tidak seharusnya dimuat naik untuk tatapan umum, kerana ia boleh mengundang kepada perkara-perkara negatif seperti menarik perhatian sesetengah pesakit pedophile.

Apapun, diharap golongan artis kita lebih peka terhadap isu-isu semasa melibatkan anak-anak mereka. Maklum saja lah, artis dan publisiti bagaikan tidak dapat dipisahkan. Bahkan, diluar sana ramai manusia yang semakin cetek akal fikirannya sehingga sanggup melakukan perkara-perkara diluar jangkaan.
Salma Syahbuddin