Hiburan By: SGMS Enal December 12, 2017 @ 3:07pm

Saya Tanya Aishah Guna Produk Saya Atau Tak

Pengasas produk kesihatan dan kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Vida menjelaskan soalan yang ditujukan kepada Aishah semasa konsert separuh akhir di program realiti malam ahad lalu, bukanlah untuk menyindir penyanyi Elyana yang juga bekas peserta program realitu. 

Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 46, berkata dia cuma ingin mendapatkan kepastian sama ada Aishah benar-benar menggunakan produk Pamoga keluaran syarikat beliau atau tidak.

“Semasa program bersiaran langsung, saya tanya Aishah dia guna produk saya itu atau tidak, sebab saya mahu kepastian dan jawapan jujur,” kata beliau.

Vida juga menyatakan beliau tidak berniat untuk memerli Elyana atau sesiapa sahaja dan beliau tidak bermaksud sedemikian cuma hanya ingin mendapatkan maklum balas yang jujur daripada penggunanya.

Vida yang ditemu bual selepas sidang media program realiti  yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Kuala Lumpur pada ahad lalu.

Terdahulu, Elyana melalui siaran langsung Instagram miliknya minggu lalu mendedahkan tidak menggunakan produk kesihatan keluaran Vida. Malah, pengakuannya mengamalkan produk tersebut hanyalah untuk menjaga hati Vida selaku penaja.

Dalaman rakaman itu juga Elyana yang terkenal dengan lagu kalis rindu itu juga seakan-akan berkecil hati dengan sikap ‘cakap lepas’ yang dilemparkan Vida semasa konsert sedang berlangsung.

Dalam pada itu, Vida juga tidak mengetahui apakah punca sebenar Elyana membuat kenyataan sedemikian dalam rakaman tersebut.

“Saya tak sempat lagi nak tengok rakaman video tersebut tapi saya rasa tak ada pula sakitkan hati dia sepanjang program ini,” jelasnya

Jika Elyana berkata jujur pada beliau bahawa Elyana tidak pernah mencuba produk beliau, Vida langsung tidak ambil hati dengan perkara tersebut kerana sudah ramai pengguna mendapat manfaatnya jelas vida.

“Saya tak kecil hati dengan komen Elyana. Saya faham, orang sedang menanggung kesakitan ni kadang-kadang ada emosi sikit,” tambah Vida lagi.

Datuk Seri Vida juga mendoakan agar Elyana cepat sembuh dari penyakit kansernya dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 8 Mar 2024
Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Tahniah! Shila Amzah Kini Bergelar Isteri

Selamat Pengantin Baru Shila dan Haris, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Amin…

Featured Wed, 24 May 2023
Events Tue, 22 Jan 2019
Hiburan Tue, 13 Feb 2018

FENOMENA SAJAT JAMPI STADIUM AJL32

Menerusi instagram @nursajat02, beliau turut melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada semua peminat, haters, mahupun penonton yang hadir yang turut sama memberikan sokongan kepadanya

Selebriti Wed, 26 Jun 2024
Hiburan Fri, 24 Nov 2023

Muncul Dalam Drama ‘Lelaki Itu’, Nur Fazura Struggle Nak Hafal Dialog – “Satu Page Pun Lembab”

Min serius tak sabar nak tengok Fazura berlakon drama ni mesti gempak!

Hiburan Tue, 23 Apr 2019

“My Father Allowed Me to Sing His Songs…” Says Syafiq Farhain

His late father, Saleem, had apparently given his blessing long ago…