‘Saya Teringin Nak Pegang…’- Nabila Razali Mengidam Apa Tu?

Penyanyi Nabila Razali mengaku teringin menang sekaligus dapat mengenggam trofi di mana-mana anugerah seni tanah air.

Nabila yang terkenal dengan lagu Pematah Hati ini memberitahu dirinya sedar masih hijau dalam dunia hiburan dan perlu berusaha lebih keras lagi.

“Apa sahaja tawaran lakonan atau nyanyian, saya mahu cuba. Bukan sebab tangkap muat tetapi saya mahu mencabar diri mencuba sesuatu yang belum pernah dibuat sebelum ini.

“Jujurnya walaupun saya masih baharu dalam dunia nyanyian, saya menyimpan impian untuk merangkul trofi suatu hari nanti,” kata Nabila bersungguh.

Penyanyi berusia 27 tahun ini ketika ditemui Xtra juga memaklumkan bakal masuk ke set sebuah penggambaran drama tidak lama lagi.

“Tajuknya saya masih belum beritahu cuma apa yang saya boleh beritahu, saya memegang watak utama dalam drama itu nanti,”katanya.

Sementara itu, Nabila yang mesra disapa sebagai Bella ini juga masih sibuk mempromosikan lagu Vroom Vroom ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

Vroom Vroom boleh didengar di semua pelantar digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox, KK BOX, Deezer dan iTunes. Jom support Bella ok!

Oleh: Fas

SGMS Enal