Ruhainies Bimbang Teman Lelaki Kena Sailang?

Pelakon Ruhainies menjelaskan percintaan jarak jarah yang dibina bersama kekasihnya, Mr E. Johan bukanlah satu masalah buat mereka kerana meletakkan kepercayaan terhadap satu sama lain.

Ruhainies atau pemilik nama penuh, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas mengakui kebimbangan lebih menjurus kepada anasir yang datang daripada orang ketiga dalam hubungan cintanya itu.

“Bila bercinta jarak jauh kami selalu ingatkan sesama sendiri supaya saling percaya. Apa yang penting adalah komunikasi dan selalu berhubung supaya tidak berlaku masalah komunikasi. Malah, dia pun sekarang selalu balik Malaysia, boleh dikatakan sehingga sebulan sekali.

“Segelintir pihak mungkin menganggap cinta jarak jauh menyusahkan dan membebankan. Lain pula kami yang semakin hari semakin sayang. Paling merisaukan adalah apabila ada yang berniat untuk merampas kekasih saya.

“Sebab itu saya tidak terlalu terbuka atau mendedahkan si dia. Semestinya saya juga sama seperti wanita lain tentu risau dan cemburu kalau kekasih diganggu. Apatah lagi, tidak semua orang sukakan kita. Saya tak kisah dan sentiasa menjadi diri sendiri. Terpulanglah orang mahu suka atau tidak,” katanya kepada Xtra.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Ruhainies mengelak komitmen yang mengambil tempoh masa panjang kerana mahu fokus pada persiapan perkahwinan kakaknya iaitu pelakon Risteena.

Oleh: Zaara Talita

SGMS Faida