‘Saya Tidak Sempurna’, Selepas Emma Maembong, Syed Abdullah Tampil Akui Kesilapan

Susulan gambar pelakon Emma Maembong tidak bertudung tular sejak semalam, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang merupakan lelaki yang turut berada dalam gambar berkenaan tampil mohon maaf.

Jejaka ini mengakui dia kini melalui saat sukar dan menganggap perkara ini berlaku atas kekhilafannya.

“Ini adalah hari yang sukar buat saya dan keluarga. Saya berdepan dengan kecaman berterusan daripada masyarakat berkenaan isu ini.

“Kepada sesiapa yang betul-betul mengenali saya, terima kasih diucapkan kerana menyokong dan tidak berhenti menghantar mesej yang memberi semangat. Kepada rakyat Malaysia, terima kasih atas nasihat anda dan sokongan moral yang saya terima,” katanya yang juga abang kepada orang kenamaan.

Syed Abdullah dia mengambil kritikan secara positif dan meminta orang ramai menghentikan kecaman terhadapnya.

Dalam masa sama, dia mendakwa bahawa akaun Wechat miliknya digodam sehingga gambar itu tersebar.

“Saya tidak sempurna dan manusia yang pasti akan melakukan kesilapan. Saya minta maaf banyak atas masalah ditimbulkan dan juga terhadap pihak yang terjejas.

“Ini semua salah saya seorang dan jangan kaitkan kesilapan ini dengan keluarga dan rakan. Biar saya berdepan dengan akibat daripada kesilapan ini.

“Kepada pihak yang menyebarkan khabar angin, saya ingin memberitahu saya lebih kuat dan akan belajar dari kesilapan,” katanya hubungan kekeluargaannya juga erat dan langsung tidak tergugat.

SGMS Faida