Categories: Trending

Wanita ini mendapati penderma darah yang menyelamatkan nyawanya 11 tahun lalu ialah suaminya sendiri

Lian ialah seorang lelaki berbangsa Taiwan yang gemar menderma darah kerana beliau percaya sumbangannya itu dapat menyelamatkan hidup seseorang pada suatu hari nanti.

Tetapi pada ketika itu, beliau tidak tahu yang satu hari nanti beliau akan menyelamatkan nyawa bakal isterinya!

Kisah ini berlaku 11 tahun lalu apabila seorang wanita Taiwan yang bernama Lim hampir maut akibat kemalangan jalan raya yang teruk. Menurut China Times, mekanisme pembekuan darahnya tidak berfungsi pada kadar yang optimum.

Kebetulan, keadaannya stabil apabila 10 paket darah dan dua paket platelet telah dipindahkan ke dalam badannya untuk menghentikan sebarang pendarahan.

Tujuh tahun kemudian, Lim pulang ke Hsinchu, sebuah bandar di utara Taiwan, untuk mengambil alih perniagaan keluarga.

Di situlah dia bertemu dengan Lian, seorang penjual ladu (dumpling) pulut beras. Perkenalan itu kemudiannya membawa kepada bibit [percintaan bagi pasangan berkenan.

Foto: China Times

Pada suatu hari, mereka berdua bersembang mengenai pengalaman hampir maut masing-masing. Perbualan itu menyebabkan Lim berasa berminat untuk mengetahui siapakah penderma darah yang menyelamatkan nyawanya sedekad lalu.

Beliau menghubungi hospital dan pusat derma darah berkali-kali tetapi dimaklumkan bahawa maklumat mengenai penderma adalah sulit.

Namun begitu, Lim tidak berputus asa dan tidak berhenti memujuk pekerja berkenaan. Beliau menegaskan yang beliau hanya ingin mengetahui identiti penyelamatnya.

Staf itu akhirnya rela dan mendedahkan nama keluarga individu tersebut: Lian.

Saat itu, seolah-olah terdetik dalam nalurinya, Lim membacakan nombor kad pengenalan suaminya, dan staf tadi terperanjat. “Bagaimana awak tahu?” tanyanya dengan hairan.

Rupa-rupanya Lian menderma darah dan platelet sejak berumur 20 tahun, dan plateletnya itulah yang menyelamatkan nyawa Lim 11 tahun lalu. Wah!

Selepas berpacaran secara serius selama dua tahun, mereka berkahwin, Mac tahun lalu.

Setelah kisah mereka menjadi tular, Lim menggesa semua orang untuk menderma darah. Suaminya pula berjenaka dan berkata bahawa jika anda menderma, ada potensi untuk anda berjumpa pasangan hidup!

Sumber: World Of Buzz

Ad Ops