Featured By: Maya Basir May 23, 2023 @ 7:12pm

Seakan Beri Bayangan Hamil Anak Ketiga, Ini Respons Ummi Nazeera – “Saya Mengaku Ambil Pil Perancang…”

Pelakon Ummi Nazeera menafikan bahawa dirinya sedang hamil anak ketiga.

Memetik laporan Kosmo, Ummi memberitahu dia masih belum bersedia untuk mempunyai cahaya mata lagi kerana komitmen dan tanggungjawab yang sangat besar.

“Saya tak mengandung. Saya belum bersedia (untuk anak ketiga). Pengalaman mengandungkan anak pertama agak teruk. Tapi, semuanya berbaloi, Alhamdulillah.

“Nak membesarkan anak itu, bagi saya tak mudah. Sebab itu untuk anak ketiga, saya belum lagi bersedia.

“Kalau boleh, saya nak bagi kasih sayang secukupnya buat kedua-dua anak sekarang. Saya pun semakin sibuk dengan kerja, jadi nak beri masa dan cinta buat anak-anak dan semestinya, suami,” katanya.

Sementara itu, Ummi mengaku mengambil pil pencegahan kehamilan namun suaminya, Mohd Izzar Anwari Abdul Khani bersedia jika diberi rezeki menimang cahaya mata ketiga.

“Izzar nak (anak) tapi dia cakap hanya bila saya dah bersedia. Kami buat family planning.

“Saya mengaku ambil pil pencegahan kehamilan. Anak pertama saya tak ambil, anak kedua saya ambil terus.

“Berkesan untuk lima tahun tapi ada kemungkinan untuk hamil juga sebenarnya tapi peratusan sangat rendah,” jelasnya.

Terdahulu, Ummi seakan memberi bayangan sedang hamil anak ketiga selepas anak perempuan keduanya hampir mencecah usia dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kedua Sudah Hampir 2 Tahun, Ummi Nazeera Beri Bayangan Hamil Anak Ketiga?

Untuk rekod, Ummi dan Mohd Izzar Anwari mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 28 Apr 2018

Gempar! Pemandu Grab Maut Ditembak Polis

“Kami cuba mengejarnya (di lokasi yang diserbu), namun suspek tersebut cuba menghalang dan melakukan kekerasan. Polis terpaksa bertindak tegas berdasarkan respons suspek,” ujar Hengki.

Hiburan Sat, 28 Dec 2019
Trending Sat, 2 May 2020
Trending Thu, 30 Jan 2020
Trending Thu, 16 May 2019

Alahai…Gambar Skandal Keempat Pula Tersebar

Kata wanita yang menggunakan nama akaun Mei Fina di Instagram, dia mengingatkan netizen agar tidak menyebarkan gambar-gambar lamanya.

Featured Wed, 16 Oct 2019

Tidur sebentar pada waktu siang bagus untuk jantung, menurut kajian

Jika anda tidur siang, tidak semestinya anda malas!

Featured Mon, 14 Nov 2022

[VIDEO] Anna Jobling Dedah 4 Rahsia – “Saya Seorang Penyelam..”

Fulamakkk, penyelam tau gais 🤩🤩 Hebatnya Anna nii 🤩🤩

Trending Thu, 28 Jun 2018

Penyokong Kecewa Jerman Kalah Dengan Korea

Apa nak buat…bertabahlah ya penyokong bola sepak pasukan Jerman. Buat pasukan Korea, Good Luck untuk perlawanan seterusnya!