Sebak…Wak Doyok Kongsi Kenangan Manis Bersama Arwah Baba

Pelakon dan Ikon Fesyen Wak Doyok redha dengan pemergian bapa tercinta apabila Allahyarham Mohd Nor Abdul Hamid meninggal dunia pada jam 6.25 pagi semalam.

Menerusi laman Instagram Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Mohd Nor, dia menulis serba sedikit tentang arwah bapanya itu.

” 19/10/1933 adalah hari kelahiran baba saya. 25/10/2018 adalah hari pemergian baba saya buat selama-lamanya. Semasa hayat, arwah baba merupakan tok siak Masjid Nurul Mutaqim Kg Sg Udang Klang pada tahun 1987-2018 (penjaga masjid),” tulisnya.

Kata Wak lagi, arwah bapanya sempat tinggal di rumah baru yang dibina anak lelakinya itu.

” Dua minggu lepas semasa arwah baba saya duduk di kerusi rehat beliau berkata dapat jugak aku merasa rumah baru yang kau buat walaupon baru dua tahun.

” Semoga arwah baba tenang disana disamping dengan orang-orang beriman. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan baba di akhirat. Amin Al-Fatihah,” katanya.

Allahyarham Mohd Nor Abdul Hamid menjalani pembedahan bahagian usus namun selepas dibedah, jantungnya semakin lemah.

Tambah Wak, arwah bapanya hanya sakit lima hari sahaja sebelum disahkan doktor bapanya sudah meninggal dunia.

 

SGMS Faida