Categories: HiburanSelebriti

Sebulan Di Penjara, Isteri, Anak Mula Rindu Ahmad Dhani

Hampir sebulan penyanyi Ahmad Dhani dipenjara, isterinya Mulan Jameela meluahkan rasa rindu terhadap suaminya itu. 

Menerusi laman IGnya, penyanyi Wonder Woman itu memuatnaik sekeping gambar bersama anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Dhani, Ahmad Syailendra Aerlangga. 

Dalam foto itu, Dhani dilihat mendukung Syailendra yang kelihatan sebak manakala Dhani dilihat mencium kaki Syailendra.

“ Ayah: Kakinya sakit? Ayah ciumin ya…cup cup jangan nangis…,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, vokalis terkenal itu ditahan di Rumah Tahanan Medaeng, Surabaya selepas dipindahkan dari Rumah Tahanan Cipinang, Jakarta Timur.

Ketua kumpulan Dewa 19 yang juga gitaris utamanya, Ahmad Dhani dihukum penjara 18 bulan selepas disabitkan kesalahan atas tuduhan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosial menerusi perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Jakarta Selatan, 28 Januari lalu. 

 

SGMS Faida