Categories: HiburanSelebriti

Video Sebak Anzalna Nasir Curi Perhatian?

Selepas berita gembira yang diumumkan oleh pelakon cantik ini mengenai kehamilan beliau, kali ini Anzalna dan suami tampil memberikan kejutan buat insan tersayang yang sentiasa menjadi tulang belakang mereka. Dan video yang dimuat naik oleh pelakon ini telahpun mendapat likes sebanyak 83,837.

Menerusi video tersebut, Anzalna dan suami kelihatannya baru sahaja membeli sebuah kereta mewah namun, pelakon itu dilihat memberikan kunci kereta tersebut buat Ayahnya sebagai tanda penghargaan. Wow! Baiknya Anzalna ni kan?

Rata-rata followers Anzalna melahirkan rasa sebak dan terharu melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh pelakon ini terhadap ibu bapanya.
Susulan video tersebut, Anzalna memuat naik semula video berdurasi kurang dari satu minit yang menunjukkan Ayah beliau mengingat semula kejutan yang dibuat oleh anaknya untuk dirinya. Alahai!
Seronoknya kan tengok Anzalna buat kejutan untuk insan tersayang? Semoga kita juga diberikan peluang untuk membuat orang sekeliling kita bahagia. Netizen! jangan nak kecam pula okay.
Salma Syahbuddin