Categories: HiburanSelebriti

‘Cemas Tapi Syok’- Akim Ahmad Kongsi Pengalaman Jadi Pelumba

Penyanyi Akim Ahmad yang bakal terlibat dalam perlumbaan kereta siri ketiga Toyota Gazoo Racing (TGR) mengaku berdebar kembali ke trek lumba.

Menurut Akim Ahmad ketika ditemui di Majlis Pelancaran Filem Bikers Kental 2, pada awal penyertaan dia berasa takut tetapi perasaan itu bertukar sejajar masa.

“ Tipulah kalau saya kata tak gementar nak tunggu hari perlumbaan. Berpeluh dibuatnya. Apa yang penting, saya sangat menitik berat aspek keselamatan di trek lumba.

“ Street racing dan bawa kereta di jalan biasa sangat lah berbeza. Antara cabaran paling sukar ketika kami sebagai pelumba perlu memotong kenderaan di kawasan sempit dengan waktu amat terhad.

“ Itu antara cabaran yang memerlukan mental pelumba perlu kuat mengawal situasi. Cemas tapi syok,” katanya kepada XTRA.

Akui Akim, penyertaan dalam sukan lumba kereta memberi pengalaman baru kepadanya yang ingin mencabar diri melakukan sesuatu di luar bidang.

“ Percaya atau tidak, saya mula-mula takut tapi lepas beberapa lap, timbul rasa selesa dan perasaan untuk memandu agresif itu mula datang. Dari situ keinginan untuk menang itu membuak-buak. Syok habis,” katanya semangat.

Selain Akim, antara selebriti yang turut serta adalah Diana Danielle, Janna Nick, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Aiman Tino dan ramai lagi.

Jom ke stadium Batu Kawan menyaksikan perlumbaan Toyota Gazoo Racing di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang bermula 23-24 Februari ini.

SGMS Faida