Hiburan By: Padin January 22, 2023 @ 4:46am

Sedang Kenali Hati Budi Seorang Model, Ryan Deedat Belum Sedia Untuk Berkahwin

Penyanyi Ryan Deedat, 31, sedang rapat dengan seorang wanita bergelar model berusia 28 tahun.

Selesa mengenali hati budi masing-masing, Ryan belum terfikir mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya kini sibuk mengatur semula kehidupan dan membina semula kerjaya selepas ‘senyap’ seketika selepas pemergian arwah ibu dan adik.

“Sejujurnya, saya sedang selesa berada dalam proses berkenalan. Masih awal untuk memikirkan soal perkahwinan kerana saya mahu kukuhkan dulu kewangan dan memberikan fokus terhadap kerjaya.

“Saya kumpulkan kekuatan selepas adik saya meninggal dunia pada Julai 2021 dan ibu saya pula menyusul pada Mac 2022. Saya hampir hilang kawalan diri tetapi kini saya berusaha untuk bangkit semula untuk merencana perjalanan kerjaya,” katanya.

Penyanyi lagu Salimah ini ditemui di majlis pelantikan dirinya sebagai duta JV Craft & Gifts di Setia Alam, baru-baru ini.

Selain Ryan, majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah JV Craft & Gifts, Alvin Goh dan Pengarah Urusan JV Craft & Gifts, Janice Mok.

Dilantik menjadi duta jenama hab sehenti barangan perkahwinan JV Craft & Gifts, Ryan menganggap peluang yang hadir sebagai rezeki untuk kembali aktif.

“Selepas sekian lama diam, tiba-tiba rezeki ini hadir. JV Craft & Gifts merupakan one stop centre yang menjual pelbagai keperluan untuk majlis perkahwinan seperti doorgift, bunga telur, dulang hantaran, bunga hiasan, pokok viral, aksesori rumah, reben, lace dan banyak lagi.

“Saya sendiri tak sangka, peluang menjadi duta ini datang selepas saya mengacarakan sebuah ekspo perkahwinan tahun lalu. Mereka melihat kesungguhan dan komitmen yang diberikan. Insya-Allah, saya bakal melancarkan single raya dengan kerjasama JV Craft & Gifts berjudul Hantaran Raya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 May 2022
Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Yoo Jae Suk Becomes a Detective in New Show on Netflix

It seems like this will be another amazing show to follow. Lee Kwang Soo will be in it too!

Featured Mon, 19 Jul 2021

Caprice Tampil Mohon Maaf – “Apa Yang Berlaku Adalah Kesilapan Saya”

Buang yang keruh, ambil yang jernih tak giteww?!

Featured Fri, 2 Dec 2022
Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Hiburan Fri, 1 Feb 2019

“Saya Suka Lelaki Unik’- Zee Avi Buka Mulut Soal Jodoh

Jangan salah faham, saya okay kalau dia bukan orang seni. Yang penting, dia terima kerjaya sebagai komposer dan sering menghabiskan masa di dalam studio.

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

“Saya Selalu Mendoakannya Walaupun Kadang-Kadang Dia Tergelincir” – S Hafiza (Ibu Aliff Aziz)

Apa jua masalah, ibu bapa pasti akan sentiasa mendoakan anak mereka