“Sedapnya! Next Level Punya Performance”- Ramai Goosebump Nyanyian Bella Ciao Versi Yuna

Penyanyi antarabangsa, Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna tampil menyanyikan lagu runut bunyi drama bersiri popular antarabangsa berjudul ‘Bella Ciao’ dengan iringan muzik dari Orkestra Filharmonik Malaysia.

Perkara itu turut dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube semalam.

 

Malah, Yuna juga sempat memuat naik hantaran di Instagram Story miliknya dengan memberi penghargaan kepada mereka yang terlibat secara langsung  bagi menjayakan muzik videonya kali ini.

Menurut Yuna, 34, beliau bersama-sama tenaga kerja lain bekerja keras selama dua hari berturut-turut bagi menjayakan penghasilan lagu ini agar berbeza dengan versi nyanyian yang sedia ada.

“Serius next level! Meremang dengar weyh…”

Rata-rata peminat Yuna mengakui versi Bella Ciao kali ni ternyata punya levelnya tersendiri. Bukan sahaja dari lantunan suara penyanyinya malah gubahan muzik dalam lagu ini bikin ramai yang meremang.

Dalam muzik video berdurasi 2.33 minit itu, Yuna turut menggayakan pakaian seakan-akan pelakon dalam drama popular televisyen tersebut.

Untuk makluman, Bella Ciao atau Goodbye Beautiful ini merupakan lagu rakyat Itali sejak abad ke-19 dan dijadikan lagu runut bunyi bagi drama bersiri popular, Money Heist yang bersiaran di Netflix.

 

Salma Syahbuddin