Bayaran Fasa 1 BKC Diterima Secara Berperingkat, Melibatkan Dana RM3.1 Billion – Tengku Zafrul

Pembayaran Fasa 1 bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dibuat secara berperingkat mulai 6 September 2021 bagi penerima B40 dan 9 September 2021 bagi penerima M40.

Peruntukan itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan,  Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan melibatkan dana berjumlah RM3.1 bilion serta memanfaatkan 4.4 juta isi rumah, 1.1 juta warga emas yang bujang atau tiada pasangan dan 4.5 juta individu bujang.

“Secara keseluruhannya, inisiatif bantuan tunai ini dijangka memanfaatkan hampir 10 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.

“Bayaran BKC ini dijadualkan pada September, November dan Disember 2021.” katanya semasa membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-66 pada Rabu.

 

 

Salma Syahbuddin