“Meleleh Air Mata, Beruntungnya…”- Ibu Neelofa Tunai Hajat Wanita Hamil Teringin Nasi Goreng Harimau Menangis

Pastinya ramai yang pernah menyaksikan ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menyediakan pelbagai juadah masakan termasuklah nasi goreng daging Harimau Menangis menerusi akaun Instagram beliau.

Malah, rata-rata mereka yang pernah merasai air tangan Kartini atau lebih mesra dengan panggilan Aunty Tini memuji keenakan masakannya.

Terbaharu, menerusi hantaran yang di muat naik oleh Aunty Tini, seorang wanita yang dikenali sebagai Aina telah menghantar kiriman e-mel memaklumkan bahawa dirinya ‘mengidam’ untuk merasai sendiri nasi goreng hasil air tangan Aunty Tini.

Rasa tersentuh dengan kiriman e-mel tersebut, Auny Tini mengambil keputusan untuk tidak menghampakan permintaan Aina yang kini sedang berbadan dua.

“Hari ni aunty sangat tersentuh hati mendapat kiriman email daripada follower aunty yang mengidam nak makan nasi goreng daging harimau menangis air tangan aunty.

“Syukur Alhamdulillah aunty dapat masak dan hantar sendiri kepada Aina.

“Semoga ia dapat menjadi satu permulaan silaturrahim di antara aunty dan juga keluarga Aina,” tulisnya.

Video berdurasi 3.43 minit itu menunjukkan Aunty Tini menyiapkan nasi goreng tersebut dan menghantar sendiri makanan itu kepada Aina.

“Untungnya hidup berkasih sayang sesama umat”

Rata-rata followers memberi respon positif terhadap tindakan yang diambil malah, turut mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kepada beliau.

Bukan itu sahaja, Aina juga turut berterima kasih kepada Aunty Tini kerana tidak menyangka akan menghantar makanan yang diidamkannya itu sendiri terus ke rumah.

 

Salma Syahbuddin