“Sedapnya! Walau Tak Ikut Tempo Tetap Ons” – Belanja Lagu Raya, Tomok & Ramli MS Bikin Peminat Sebak

Penyanyi Tomok dan pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat kedua-dua selebriti ini tampil membawakan lagu raya berjudul Dendang Perantau.

Menerusi video yang tular di TikTok, Tomok dan Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram bersama-sama membawakan lagu tersebut dengan tidak mengikut tempo.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, lagu tersebut kedengaran semakin syahdu dan lebih klasik hanya dengan iringan petikan gitar daripada pemuzik terkenal itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan pelbagai respons dan memuji bunyi kord gitar yang digunakan Tok Ram sekaligus ada peminat yang melabelnya sebagai David Foster Malaysia.

“Power telinga Tok Ram ni…. sikit je boleh tau dah.

“Chording orang lama memang mantap, tak boleh lawan.

“Bila Tok Ram kata jangan ikut tempo, terkejut kejap tapi kena dengan lagunya, syahdu dan klasik didengar.

“Walaupun kita tak tau seni arrangement, tapi lagu ni tak ikut tempo memang ons, sedap!,” komen netizen.

 

@tomoknewboyzbelajar dan terus belajar 🙏🏽

♬ original sound – TOMOK

 

Salma Syahbuddin