Categories: HiburanTrending

Bukan Sekadar Pelawak, Bell Ngasri Tonjol Kebolehan Memasak Dalam Dapur Tempur Ra-Ra!

Peminat Dapur Tempur Ra-Ra pastinya terhibur dengan gelagat selebriti jemputan minggu keempat iaitu Bell Ngasri dan isterinya Farhana Fauri.

Pelakon, pelawak dan pengacara serba boleh ini sudah tentu membuatkan penonton terhibur dengan gelagat bersahaja dan lucu beliau.

Kali ini, pasangan Bell Ngasri akan bertempur dengan Juara Dapur Tempur musim pertama iaitu pasangan Masam Manis yang terdiri daripada Muiz Zulkifli dan Arieni Ritzal.

Sepanjang tiga minggu ini, pelbagai gelagat dapat dilihat ketika para peserta membuat persiapan menu yang mencabar sehinggalah persembahan makanan yang ditunjukkan kepada para juri iaitu Datuk Cef Ismail dan Michael Ang.

Setiap minggu sebelum bermulanya cabaran, para juri akan sentiasa menasihatkan para peserta untuk memberi masakan dan persembahan paling kreatif ketika bertanding. Itulah yang memainkan peranan penting dalam setiap pertempuran mingguan.

Apakah tema menu istimewa yang akan diumumkan oleh Yasmin Hani pada kali ini? Bolehkah pasangan “Dap Err” iaitu pasangan suami isteri Bell Ngasri dan Farhana Fauri ini mengalahkan juara Dapur Tempur musim pertama?

Apa pula adegan lawak yang akan diselitkan oleh Bell Ngasri? Sudah tentu minggu keempat ini bertambah riuh dan membuatkan penonton tidak kering gusi dibuatnya.

Sebelum ini, kita telah menyaksikan 6 pasangan bertempur bersama pasangan masing-masing dan 3 pasangan yang berjaya menjadi juara mingguan adalah:

Minggu Pertama: Sudap Sudip (ibu/anak: Halifah Jaafar & Arif Haron) mengalahkan Bapak Borek Anak Rintik (bapa/anak: Norman Hakim & Danish Hakim)

Minggu Kedua: Hot Chicks (ibu/anak: Farahdhiya & Aishah) mengalahkan Zest (Hafzy Senusi & Haiza Senusi)

Minggu Ketiga: Pendekar Malaya (ayah saudara/anak saudara: Haizal Ismail & Irfan Hafiz) mengalahkan The Sizzling Sisters (adik beradik: Datin Seri Umie Aida & Betty Rahmad)

Teruskan menonton episod keempat Dapur Tempur Ra-Ra yang akan bersiaran pada 16 April 2023, hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV9 dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store serta strim langsung melalui YouTube TV9 Malaysia.

Padin