Categories: HiburanSelebriti

Sejuk Mata Memandang, Alyah Bacakan Doa Peminat Di Tanah Suci

Penyanyi Datin Alyah kini berada di Tanah Suci Makkah menjalani ibadah Umrah. 

Menerusi laman Instagramnya, Alyah sempat memuatnaik beberapa keping gambar yang menyejukkan mata peminat memandang. Ayu sangat…

” Saya doakan buat semua yang mengirimkan doa…Alhamdulillah di depan Kaabah. Maaf saya sekalikan semua Doa. Semoga Allah SWT berikan yang terbaik buat kita semua.

” Semoga Allah SWT rahmati kita semua dunia dan akhirat. Lindungi kita dari Api neraka, limpahi rezeki kita utk berkongsi dan menghalakan kita sentiasa mencari rezeki yg halal,” katanya yang berangkat ke tanah suci Mekah pada 28 Januari lalu bersama ahli keluarganya. 

Wanita berusia 38 tahun ini turut mengingatkan pengikutnya di Instagram agar sentiasa bersilaturahim antara satu sama lain. Dalam masa sama, beliau berharap semua yang mengirimkan doa bakal menjadi tetamu Allah tidak lama lagi. 

 

SGMS Faida