Categories: HiburanSelebriti

Sufian Suhaimi Ajak Anak Dating, Apa Komen Sharifah Shahirah?

“ Kita nak jadi mak mertua disayangi…Semua takut ngan aku” itu antara gurauan pelakon Sharifah Shahirah yang ‘mengusik’ penyanyi Sufian Suhaimi, baru-baru ini.

Katanya ketika ditanya dalam satu temubual sama ada akan memberi keizinan jika Sufian mahu membawa anak sulungnya keluar, secara berseloroh dia mengaku tidak terlalu memilih calon menantu.

 “ Bila anak aku dah besar sangat…Orang ajak anak kita keluar…

“Kita tak memilih..sebab sedar diri dan ruang, Janji baik..sbb kita tau anak kita tak sempurna jugak,” katanya bergurau.

Video yang dimuatnaik di laman Instagramnya itu mendapat perhatian ramai termasuklah rakan selebriti seperti Linda Rafar dan Nad Zainal.

Ramai yang menganggap Shahira bakal menjadi ibu mertua paling sporting sekali di masa akan datang. Beruntung ada mak mertua macam ni, asyik gelak je nanti!

SGMS Faida