Hiburan By: Padin September 2, 2022 @ 10:00pm

Sekali Lafaz, Shahir Zawawi Sah Bergelar Suami Jaskin Jaludin

Dengan sekali lafaz, penyanyi Shahir Zawawi, 34, selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Jaskin Jaludin, 30, pada jam 9.10 malam tadi.

Merpati dua sejoli itu selamat dinikahkan bapa pengantin perempuan, Jaludin Nongche dan pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu menyerahkan mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM20,000 kepada isterinya yang berasal dari Tawau, Sabah.

Memetik laporan BH Online, Shahir gembira majlis pernikahannya berjalan lancar.

“Alhamdulillah, syukur segala-galanya lancar. Terima kasih kepada semua pihak terbabit.

“Sebelum bernikah ada rasa gementar, tetapi selepas semuanya selesai, saya lega. Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat,” katanya.

Sebelum berkahwin, Shahir bertunang dengan Jaskin pada 16 Julai lalu selepas berkenalan melalui Instagram pada sambutan Syawal lepas.

Sumber / Kredit Foto: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Fri, 7 Dec 2018
Kes Mahkamah Mon, 24 Jul 2023
Featured Wed, 28 Dec 2022

Didakwa Pentaksub Anwar Ibrahim, Ini Jawapan Abby Abadi

Setelah lama menyepi dalam industri lakonan, pelakon Abby Abadi telah mencuri perhatian warganet kerana menjadi penyokong tegar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) @abbyabadi112 Pentaksub DSAI? Ohh tidakkk! Sy melihat kebenaran ini seawal 1998 […]

Events Tue, 16 Jul 2019

Noh Hujan Bersyukur Lagu Ciptaan Jadi OST Filem

Bukan senang artis nak jadikan lagu ciptaan sendiri jadi runut bunyi sebuah filem tau, kita ni tau dengar and komen je kan?!

Events Mon, 7 May 2018

Don’t Forget to Meet Your Favourite Malaysian YouTuber The Ming Thing

Mark your calendars because The Ming Thing is going on a campus tour.

Hiburan Tue, 5 Jun 2018

Rosmah Mansor Hadir Di SPRM Pagi Ini

Beliau tiba dengan menaiki kereta Mercedes Benz berwarna perak dengan nombor pendaftaran WQF11 bersama dengan anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu Daniyar Kessikbayev.