Selebriti By: Atiqah Johari March 26, 2024 @ 10:49pm

Isu Bayaran Tertunggak, Nabila Huda Selar Kenyataan Produksi – “Awak Jangan Cuba Nak Tipu Masyarakat”

Pelakon popular, Nabila Huda tampil menyelar kenyataan sebuah produksi berkaitan pembayarannya untuk sebuah telefilem.

Menerusi hantarannya di InstaStory, Nabila mendedahkan bahawa produksi tersebut masih belum menyelesaikan bayarannya.

Malah, dia berasa kesal apabila kenyataan yang dikeluarkan produksi tersebut seolah-olah cuba memburukkannya.

“Awak jangan cuba nak menipu masyarakat dengan statement playsafe awak @wiranusacorporation ..Awak patut bersyukur yang saya ni dah halalkan semuanya dan move on. Tapi awak nak jugak menjawap..Rasa bersalah pun takde..macam kite pulak yang menipu dan memburukkan syarikat dia.

“Bila masa pihak syarikat pernah berbincang, dan pastu awak cakap takde kata sepakat yang dapat dibuat? Habis tu tak bayar lagi kata sepakat apo?? Yang message bertanya tu pun datang dari pihak saya tau. Tak cukup relax lagi ke saya ni lepas sebulan habis penggambaran baru saya bertanya status pembayaran claim saya? Jangan lah buat macam kite yang bermasalah,” dedahnya.

Malah, pelakon drama Lelaki Itu ini juga meminta produksi tersebut untuk tidak memutar belitkan sebaranga kenyataan.

“Macam ni punya orang pun ada ke? Pastu awak pulak yang nak membuka ruang untuk saya bertemu awak bagi memperjelaskan isu ini? Eh apa punya cara ni..bukan ke awak yang sepatutnya kena sedar ruang sebab ada hutang yang belum diselesaikan? Macam mana awak bernafas setiap hari tapi awak masih berhutang dengan orang…Awak tak rasa bersalah ke? Saya ni wujud sebelum wujudnya company awak tau..Jadi awak jangan lah cuba nak putar belit untuk menegakkan benang yang basah.

“Untuk pengetahuan awak,saya dah tak heran lah dengan duit claim tu semua. Awak sedekah kan je lah dengan mereka yang memerlukan. Sementara tengah relax dibulan ramadhan ni, awak buat lah research, belajar dulu adab dan basic practice dalam production. Insy Allah dipermudahkan urusan awak untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik dimasa akan datang, setanding dengan production hebat yang lain,” katanya lagi.

Nabila Huda

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Jun 2018

Hael Bawa Helena Beraya Di Kampung

Saya bersyukur Helena turut disayangi rakan-rakan dan peminat. Pendek kata, rezeki yang saya peroleh hari ini segalanya menerusi Helena. Saya hanya penjaga kepada rezekinya… Syukur Alhamdulillah.

Hiburan Wed, 31 Oct 2018

Dituduh Tumpang Kesenangan Isteri, Apa Komen Nubhan Ahmad?

Ish, siapa yang tergamak cakap macam tu pada Nubhan? Tak baik tau!

Featured Thu, 6 Jan 2022

Bot Karam Ketika Misi Menghantar Bantuan Makanan

Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Tahan berhadapan situasi yang mendebarkan apabila bot yang mereka naiki karam di Sungai Tembeling, Jerantut, Pahang pada Rabu. Menerusi video yang dimuat naik oleh Sukan Star TV, salah […]

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Demi Lovato Rushed to Hospital After Apparent Overdose

She is reportedly in a stable condition now.

Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Adam Shahz Bawa Grab Untuk Lakonan Atau Cari Makan

Selain ia menambah pendapatan, sekurang-kurangnya saya tidak membuang masa tanpa berbuat apa-apa kalau tiada tawaran berlakon”