“Kak Wati Tolong Mandikan Cik Som”.. – Nama Bayi Nad Zainal Raih Perhatian

Setelah selamat melahirkan anak kedua, pelakon Nad Zainal mengumumkan nama anak keduanya yang diberi nama Budi Kalsum.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nad turut mengatakan nama anaknya itu membawa maksud indah pekerti, baik kejadiannya dan lembut perwatakannya.

“Semoga sentiasa indah pekerti, baik kejadiannya, lembut perwatakannya. Budi Kalsom nama diberi..Selamat hadir dalam hidup kami,” tulisnya.

Perkongsian Nad Zainal itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak kedua serta memuji keindahan nama anaknya itu yang disifatkan sebagai klasik.

Nad juga sempat berkongsi video beliau melalui proses berpantang bersama anaknya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”