Categories: Trending

“Kakak Manja Minta Sister… Ya Kak Kepom Pregnant” – Elly Mazlein Kongsi Berita Kehamilan

Selebriti popular, Elly Mazlein mendedahkan dia kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 31.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkongsi khabar gembira menerusi hantaran terbaru di laman Instagram miliknya.

“Bismillahirrahmannirrahim. Syukur Alhamdulillah.. Insya-Allah tak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami.

“Atok akan dapat cucu lagi.. Papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak manja akan dapat adik. Tapi kakak Manja minta ‘sister’.

“Mana-mana pun tak apa, hanya mendoakan baby sihat dan dipermudahkan dan mama tak sabar nak menjaga kesemua nyawa suri hati ini. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah,” tulis Elly.

Tidak mendedahkan usia kandungan, wanita yang mesra dengan panggilan Kak Lina ini juga berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan.

“Terima kasih di atas doa, wahai kesayangan semua. Terima kasih sentiasa bersama saya dari saat getir hingga saat pelangi kebahagian datang menerpa.. Doa saya,agar Allah permudahkan urusan anda semua.

“Dan akhir sekali jawapan bagi semua soalan adalah? Alhamdulillah, Ya Kak Kepom Pregnant. Terima kasih,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia.

Padin