Mirip Suara Broery Marantika, Jejaka Ini Tampil Dengan Single Baru

Bintang baru meningkat naik, Fariz Kamil kini muncul dengan lagu single pertama berjudul Terluka.  Jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini merupakan penyanyi  terbaru di bawah syarikat rakaman, Moro Records.
Terluka merupakan lagu berkonsep pop balada hasil ciptaan artis dan komposer serta produser terkenal Singapura, Art Fazil.
“Saya memilih Fariz kerana suaranya yang unik. Tidak ramai artis iaatu penyanyi baru masa kini yang mempunyai suara jantan. Kami sengaja merakam Fariz dan melawan arus masa kini kerana dia mempunyai potensi besar untuk menjadi suara terkenal di Nusantara.
” Saya meminati penyanyi lagenda Indonesia, Broery Marantika dan saya melihat suara Fariz ada potensi untuk menyanyikan lagu lagu ala crooner dengan baik seperti Broery,” ujar Art Fazil.
Menurut Fariz, dia berharap untuk  menjadi seperti penyanyi-penyanyi terdahulu dan dapat berkongsi perasaan melalui lagu dan nyanyian untuk menghiburkan peminat.
Peminat boleh menonton muzik video rasmi di laman YouTube Mororecs.
Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”