Shila Amzah 2.0? Layla Sania Tampil Dengan Single Terbaru Dalam Bahasa Mandarin

Setelah dikenali menerusi rancangan realiti I Can See Your Voice, penyanyi baru, Layla Sania bakal melancarkan single pertamanya di dalam bahasa Mandarin yang berjudul By Your Side.
Lagu ini ditulis oleh Joshua Goh dan Rolan Lim manakala disusun oleh Danning Z.
“Ini adalah single pertama saya di dalam Bahasa Mandarin. Saya amat teruja dan pada masa yang sama saya juga terharu kerana tidak sabar untuk melihat reaksi peminat menerusi lagu terbaru saya ini,” jelas Layla.
Single ini memberi semangat kepada pendengar untuk terus mencapai impian dan tetap mengharungi hidup bersama yang tersayang.
Lagu By Your Side ini juga bakal membuatkan para pendengar berasa tenang dan dekat di hati apabila mendengarnya.
Apabila ditanya tentang cabaran dalam penghasilan lagu ini, Layla berkata:
“Untuk menyebut setiap ayat dan perkataan dengan betul adalah perkara yang paling sukar bagi saya. Bercakap dan menyanyi dalam Bahasa mandarin adalah dua perkara yang berbeza,” katanya lagi.
By Your Side diterbitkan dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia dan boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music.
Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”