Categories: FeaturedHiburan

Raih Jutaan Tontonan YouTube, Lagu Peluang Kedua Versi Kumpulan Acapella Ini Semakin Dikenali

Fenomena lagu Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali telah memberi inspirasi kepada kumpulan acapella, Bahiya Haneesa untuk kembalikan menyanyikan lagi tersebut.

 

Mengambil versi Peluang Kedua yang menampilkan MK K-Clique, walaubagaimanapun, Bahiyya Haneesa masih mengekalkan melodi asal lagu ini tanpa melakukan gubahan berlebihan.

 

Menurut mereka, tiada sebab lain mereka memilih lagu ini untuk dinyanyikan semula selain daripada sambutan luar biasa terhadapnya.

 

“Apa yang menariknya daripada segi pembikinan Peluang Kedua versi acapella ini adalah kami bertungkus-lumus bersama penerbit iaitu Kelana untuk menghasilkan susunan semula muziknya.

“Tidak ketinggalan, kami berkerja-keras untuk menetapkan bahagian harmoni, ‘beatbox’, serta rap,” kata Wafa, salah seorang anggota mewakili Bahiya Haneesa.

 

Selain Wafa atau nama sebenarnya Wafa Ameera, Bahiya Haneesa turut dianggotai oleh Waheeda Batrisyia( Bon), Nurul Amaninah (Nina), Nor Suhaida (Suha), Nor Afiqah (Afi), Nur Fatin (Fatin), Saidatul Syahirah (Syasya) dan Siti Nabilah (Bella).

 

‘Peluang Kedua’ (2021) boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”