Categories: SelebritiTrending

“Orang Macam Dia Tetap Hibur & Cari Masalah Untuk Tontonan Kita” – Sharnaaz Ahmad Bersuara Isu MV Raya Aliff Syukri

Pelakon Sharnaaz Ahmad menganggap tindakan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai hiburan dalam industri seni.

Menerusi hantarannya di InstaStory, Sharnaaz memuat naik keratan artikel yang berkongsi mengenai Aliff yang memuat naik video klip lagu rayanya yang disifatkan tidak senonoh.

Namun begitu, Sharnaaz berpendapat bahawa kelakuan usahawan tersebut memeriahkan industri selain disajikan dengan berita perceraian, pergaduhan dan sebagainya.

“Kalau takdak dia dalam dunia seni bosan jugak… asyik cerai, gaduh, putus, lokap (semua tu aku lah 🤪) sebab, dia ni ibarat warna dan corak dalam sesebuah industry,” katanya.

Malah, pelakon filem Polis Evo 3 ini juga menganggap Aliff tetap akan mencari masalah untuk tontonan ramai.

“Walaupun orang kecam, orang macam dia tetap akan hibur dan cari masalah untuk tontonan kita.

“Enjoy je lah selagi dia masih ada. Salam ramadhan pipol,” tulis Sharnaaz.

Artikel Berkaitan: Padam MV Lagu Raya ‘Menggeletis’, Aliff Syukri Mohon Maaf, Netizen Perli: “Setiap Tahun Drama, Skrip Sama”

Artikel Berkaitan: “Jangan Malukan Mak, Hidup Mak Dah Akhir-Akhir” – Bonda Rozita Kecewa, Minta Aliff Syukri Jangan Buat Lagu Raya Lagi

Atiqah Johari