Reda Keputusan Mahkamah, A. Aida Tetap Rasa Menang Kes – “Dia Tetap Kena Bayar Denda & Terbukti Salah Langgar Kontrak”

Penerbit Datuk A. Aida reda menerima keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengetepikan bayaran ganti rugi sebanyak RM200,000 yang diperintahkan oleh pelakon Amelia Henderson kepada syarikat produksinya kerana melanggar kontrak.

Artikel Berkaitan: Isu Langgar Kontrak, Amelia Henderson Tak Perlu Bayar RM200,000 Kepada A Aida

Malah, memetik laporan mStar, A. Aida menganggap dia tetap menang dalam kes ini kerana pelakon tersebut masih perlu membayar denda dan terbukti dia bersalah.

“Kita kena hormat keputusan mahkamah dan saya reda… Bagaimanapun dia tetap kena bayar denda. Jadi di situ terbukti dia bersalah kerana langgar kontrak.

“Walaupun bukan jumlah yang disebut sebelum ini namun saya tetap rasa menang. Dia kena bayar RM100 pun saya menang dalam kes ini,” katanya kepada mStar.

Namun begitu, A. Aida turut meluahkan rasa kecewa apabila mahkamah memutuskan sebegitu kerana dia berjuang untuk memberi pengajaran buat pelakon lain supaya tidak melanggar kontrak.

“Ada juga rasa kecewa apabila keputusan mahkamah tidak mengenakan bayaran seperti sebelum ini.

“Selama ini saya berjuang sebab nak beri pengajaran kepada pelakon supaya tidak lagi langgar kontrak. Dia tarik diri sehari sebelum penggambaran dan itu menyusahkan produksi.

“Ramai pelakon yang tarik diri di saat-saat akhir… disebabkan itu saya tidak boleh terima,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, A. Aida tetap menjadi profesional jika bertemu dengan Amelia di mana-mana majlis kerana masalah kerja dan peribadi tidak boleh dicampurkan.

“Dia tetap my sweet sister. Saya suka Amelia sebab itu saya panggil dia berlakon. Masalah peribadi dan kerja tidak boleh disatukan.

“Kalau jumpa dia selepas ini saya tiada masalah untuk peluk cium Amelia. Kita kena profesional dan saya tidak berniat pun nak bergaduh dengan dia,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: Rayuan Diterima Atau Tidak? Nasib Amelia Henderson Bakal Diketahui Jumaat Ini

Artikel Berkaitan: “Melampau! Nama Mereka Mula Meletup Sebab Drama Saya!” – Tarik Diri Saat Akhir, A.Aida Saman Amelia Henderson & Idris Khan

Sumber: mStar

Atiqah Johari