Tahniah! Pak Nil Dilantik Sebagai Profesor Adjung Di Universiti Malaya

Pengacara, penyanyi dan pelakon Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil meluahakan rasa bersyukur selepas dirinya dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Pak Nil menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Menurut Pak Nil, pelantikan itu berkuatkuasa sejak 9 Oktober 2o23 yang lalu.

“Alhamdulillah. TAHNIAH! Datuk Aznil Hj Nawawi, alumni Universiti Malaya tahun 1984 yang tersohor, telah dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, berkuatkuasa 9 Oktober 2023,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Aznil juga telah berkongsi kenyataan rasmi daripada institusi pengajian tinggi berkenaan.

Selaku alumni institusi pengajian tersebut, pihak Universiti Malaya turut menyatakan Kementerian Ekonomi telah memilih Aznil untuk menjadi ‘Mentor Pengucapan Awam’ bagi sebuah program khusus pembangunan usahawan.

Teruja dengan pengumuman tersebut, perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah dari kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Fatin Nurain