Categories: SelebritiTrending

“Suami Orang Menggatal, Aku Maki Terus” – Puteri Balqis Seru Artis Wanita Elak Mengada Dengan Pelakon & Kru Lelaki

Pelakon remaja popular, Puteri Balqis memberi pendapatnya mengenai isu curang yang berlaku dalam industri hiburan mencuri perhatian warganet.

Menerusi hantarannya itu, Puteri Balqis atau mesra disapa sebagai Aqish memberi pendapat beserta teguran mengenai pergaulan dengan pelakon dan kru lelaki yang berstatus suami orang.

“One thing, bila berada dalam industri, tidak kira usia, samada belasan tahun atau lebih berumur, kita berhadapan dgn pelakon-pelakon lelaki dan crew-crew lelaki yang berstatus suami orang.

“Elakkan mengada-ngada atau cuba menggoda mereka. Kalau mereka cuba hampir dengan kita dan bukan kerana urusan kerja, lari. Nyoroklah mana2, belakang lori ke, duduk dalam bilik atau kereta,” katanya.

Malah, Aqish juga menasihati para pelakon wanita untuk mengasihani wanita lain yang bergelar isteri.

“Kalau yang lelaki tak boleh setia, kita sebagai WANITA, kasihanilah isteri-isteri mereka yang mengharapkan kesetiaan. Kita yang kena kuatkan diri. Kalau aku, suami orang menggatal, aku maki terus. Tak kisahlah pelakon ke crew. Hati dan perasaan isteri mereka lebih penting,” luahnya lagi.

Artikel Berkaitan: Belajar Dari YouTube, Puteri Balqis Anggap ‘Speaking’ Dialek British Tak Bongkak

Artikel Berkaitan: Kongsi Video GRWM… Puteri Balqis Dedah Pernah Dilabel Pengemis, Bertindak Sekat 300 Komen Hinaan Setiap Hari – “Don’t Be Scared To Blocked This Moron”

Atiqah Johari