Ruhainies Hanya Kawan Aliff Aziz, Belum Sedia Beri Kenyataan Rasmi – “30 Minit, Bukan 3 Jam”

Pelakon Ruhainies tampil menjelaskan hubungannya bersama aktor dan penyanyi, Aliff Aziz hanyalah kawan.

Belum mahu memberikan sebarang kenyataan rasmi susulan kes khalwat bersama suami Bella Astillah, Ruhainies mengaku sudah berkawan lama dengan Aliff, memetik laporan Harian Metro.

“Kami hanya kawan. Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu.

“Sekarang pun, kami berkawan dan selalu dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jerat.

“Tapi, apa pun, saya akan jelaskan secara lebih terperinci dalam kenyataan rasmi nanti,” katanya.

Ruhainies turut menegaskan terdapat beberapa fakta yang tidak tepat berkenaan kontroversi yang berlaku sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

“30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tak sampai tiga jam pun.

“Jadi, apabila benda tidak tepat dikeluarkan, lebih banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 Jam JAWI Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu

Ruhainies bagaiamana pun tegas menyatakan dia akan memberikan kenyataan rasmi apabila masanya tiba.

“Saya akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Saya tak mahu memberikan kenyataan bersifat terburu-buru kerana tidak mahu kenyataan saya ditokok tambah atau dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, Ruhainies turut menegaskan bahawa dia dan Aliff bukan ditangkap basah selepas menerima pelbagai spekulasi berkenaan kontroversi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum Beri Sebarang Kenyataan, Ruhainies Tegaskan Situasi Dengan Aliff Aziz Bukan ‘Tangkap Basah’

ARTIKEL BERKAITAN: Kekal Tenang Selepas Kena Tangkap Basah, Ruhainies Mohon Berhenti Buat Spekulasi – “Ada Beberapa Kenyataan Yang Kurang Tepat”

 

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain