Categories: SelebritiTrending

“Tak Terdetik Nak Berdendam, Tutup Mulut Sendiri Untuk Elakkan Bara Jadi Api” – Aiman Tino

Penyanyi Aiman Tino memuat naik sebuah hantaran berbentuk luahan hati mendapat perhatian warganet.

Menerusi hantaran InstaStorynya, Aiman menyatakan dia tidak pernah berdendam mahupun membenci mana-mana individu.

Namun, dia menjelaskan bahawa dia lebih selesa untuk hidup sendiri dan akui tidak dapat untuk memuaskan hati semua pihak.

“Tak terdetik dalam diri untuk berdendam. Apa lagi untuk membenci.

“Cuma lebih selesa hidup sendiri. Siapa yang mahu berkawan, silakan. Siapa yang mahu jadi lawan, biarkan.

“Kita tidak mampu memuaskan hati semua manusia. Hati kita sendiri juga tak pernah puas, inikan pula nak puaskan hati orang lain,” tulisnya.

Oleh itu, pelantun lagu Ku Rela Dibenci ini memilih pendekatan untuk mengunci mulut daripada berbalah.

“Biarlah orang nak kata apa, mulut manusia tak mungkin kita boleh tutup.

“Kita tutup mulut sendiri untuk elakkan ‘bara jadi api’, apa salahnya kita cuba jadi air. Sabar,” luahnya lagi.

Walaubagaimanapun, Aiman tidak menjelaskan secara terperinci luahan tersebut mengenai apa dan ditujukan kepada siapa.

Artikel Berkaitan: “Saya Ni Dah Macam Pengemis Pula” – Tertunggak 4 Tahun, Aiman Tino Tuntut Hutang RM10,000 Pada Pihak Penganjur

Artikel Berkaitan: Walaupun Isteri Disebelah, Aiman Tino Dedah Ada Peminat Berani ‘Menggedik’ – “Ada Yang Cuba Sentuh…”

Atiqah Johari