Categories: HiburanTrending

Tinggalkan Status Ibu Tunggal, Shakilla Khoriri Bakal Nikah Esok?

Timbul dakwaan yang mengatakan pelakon sensasi, Shakilla Khoriri bakal meninggalkan statusnya sebagai ibu tunggal.

Sumber mendakwa Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, bakal bernikah esok.

Difahamkan, Shakilla akan menamatkan zaman solo dan bakal berkahwin dengan seorang lelaki yang mengusahakan perniagaan sendiri.

Timbul pula dakwaan lelaki pilihan Shakilla berstatus duda anak satu dan pernah dikaitkan dengan aktres jelita itu sebelum ini.

Jika benar khabar yang disampaikan sumber, XTRA mengucapkan selamat pengantin baru kepada Shakilla.

Semoga perkahwinan kedua bintang drama bersiri Bisik Bisik Gelora ini kekal sehingga hujung nyawa.

Terdahulu, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Hot FM, Fizi Ali pada Februari 2018 dan berpisah pada Disember 2021.

Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.

XTRA