Categories: SelebritiTrending

“Saya Dah Buat ‘Urine Test’” – Pegawai Pemasaran Tuduh Ambil Dadah, Puteri Sarah Fail Saman Bagi Bersihkan Nama

Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana, 39, menyatakan bahawa dia akan meneruskan saman bagi membersihkan namanya terhadap pegawai pemasaran, Nazatul Nazira yang mendakwa dirinya mengambil bahan terlarang.

Memetik laporan Harian Metro, Sarah menjelaskan dia telah melakukan ujian air kencing bagi membuktikan kenyataan wanita itu adalah fitnah dan salah.

“Ini fitnah paling teruk sebab dia cakap saya ambil dadah. Saya juga teruskan kes saman ini untuk bersihkan nama baik saya.

“Masa dia (Nazatul) tuduh saya ambil dadah pada hari dia keluar dalam program Melodi, saya sudah pergi buat ‘urine test’ siap-siap untuk membuktikan yang dia salah,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu 2 ini mendedahkan bahawa dia telah memberi masa kepada wanita itu untuk berbincang secara baik namun gagal.

Malah, adiknya yang juga akauntan dalam syarikat cuba untuk menyelesaikan isu bersama pihak Nazatul sebelum di bawa ke mahkamah.

“Pihak kami sudah beri masa kepada dia untuk selesaikan perkara itu sejak Disember ketika saya mengerjakan umrah dan bercuti ke Istanbul dan Dubai ketika itu.

“Namun, dia tidak memberi maklum balas dan tidak mengangkat panggilan telefon mahupun membalas WhatsApp hingga akhirnya dia sendiri yang kata tak nak jumpa pihak kami,” ujarnya kepada Harian Metro.

Susulan itu, Sarah menegaskan bahawa tindakannya membawa kemuka pengadilan adalah untuk membersihkan namanya sekaligus memberi pengajaran buat wanita itu.

“Sebagai founder yang keluar duit, kita harus berhati-hati dalam memilih siapa yang kita mahu bekerjasama.

“Sebab kita tak tahu sebenarnya dalam urusan perniagaan ini ada orang yang tak jujur dan tak telus. Ia juga pengajaran buat saya dan orang luar,” tutur Sarah.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Fail Dua Tuntutan, Dakwa Pegawai Pemasaran Pecah Amanah Sebanyak RM26,000

Artikel Berkaitan: “Nak Hina Dan Memfitnah Sertakan Bukti, Jangan Jadi Tin Kosong!” – Puteri Sarah Bengang, Nekad Fail Saman

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Kalau Tak Dicubit, Digigit, Dicakar… Hancur Badan Kita” – Gelagat Andi Arsyil Sakat Puteri Sarah Curi Perhatian, Peminat Doa Moga Cepat Kahwin!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dakwa Beli Rumah Baru Pakai Duit Bekas Keluarga Mentua? Puteri Sarah Liyana Tampil Beri Respons

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari