Selebriti By: Fatin Nurain October 4, 2023 @ 11:41am

Tunai Tanggungjawab Sebagai Sahabat, Aliff Syukri & Isteri Bantu Ayah Sajat

Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida tampil membantu pempengaruh, Sajat Kamaruzzaman untuk menyediakan keperluan kerusi roda buat bapanya yang sedang sakit.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Aliff menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Terdahulu, Sajat meluahkan rasa sebaknya selepas mendapat tahu ayahnya sedang sakit dan ingin menyediakan kerusi roda buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak Tahu Bapa Jatuh Sakit, Rintihan Sajat Buat Ramai Tersentuh – “Kau Orang Senanglah Cakap, Tapi Yang Lalui Saya”

Menyedari perkara itu, Aliff menyatakan dia telah membuat panggilan video bersama Sajat yang kini berada di Australia untuk memilih kerusi roda.

“Masa ni sy buat video call suruh Sajat pilih sendiri kusi roda bapa dia. Dia happy sangat sampai menitis air mata dia sebab happy,” tulisnya.

Menurut Aliff, dia sebagai sahabat baik pempengaruh itu akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya yang kini jauh dari keluarga.

Malah, usahawan itu sempat meluahkan rasa rindu akan keakraban mereka sebelum Sajat berpindah ke Australia.

“Apa pun terjadi awak tetap sahabat saya @nursajatkamaruzzaman saya doakan yang terbaik untuk awak.. rindu masa dulu-dulu awak jadi jiran saya.. rindu dengan zaman-zaman dulu-dulu.. bila awak boleh balik sini,” katanya.

Berdasarkan tinjauan XTRA, Sajat turut menzahirkan ucapan terima kasih dan terharu atas budi baik pasangan usahawan itu di Instagram Story.

Bukan itu sahaja, Sajat turut menghargai jasa baik pengikutnya yang ingin cuba membantunya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 27 Feb 2022

Dapat Jualan RM5.4 Juta, Koleksi Ramadan Tudung Milik Fazura Habis Terjual Dalam Masa 1 Jam

Patut sekarang ramai yang beralih pakai tudung bawal kan??

Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Drama Mon, 17 Feb 2020
Hiburan Fri, 2 Aug 2019
Featured Wed, 28 Sep 2022

Uqasha Senrose, Izara Aishah Tersenarai Dalam Golongan Selebriti Tak Buat Perubahan Wajah

Fuhhhh, Cantik sangat dua selebriti pujaan hati ramai ni 🤩🤩 Berlakon pun mantapp! 🥰

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Aeril Zafril Boleh Jadi Contoh Calon Suami Yang Baik

Zaman sekarang, perempuan memang suka ambik suami orang kan?

Featured Sat, 27 Apr 2024
Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Sun, 14 May 2023