Categories: SelebritiTrending

Video Kejutan Tular Disangka Hamil Anak Kedua, Ini Respons Syifa Melvin

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok mengenai video reaksi pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rashid dan isterinya, pempengaruh dan usahawan popular, Syifa Melvin berkaitan kehamilan.

Malah, video tersebut disangka Syifa kini sedang hamil anak kedua namun dia menjelaskan bahawa ia adalah video kejutan kehamilan pertamanya yang baharu saja dikongsi kepada orang ramai.

Susulan itu, memetik laporan Harian Metro, Syifa tampil menafikan bahawa dia kini sedang mengandung anak kedua dan akui masih belum mempunyai perancangan kerana sebelum ini dia bersalin secara pembedahan.

“Alamak! Belum hamil anak kedua lagi.

“Video yang dimuat naik itu adalah kejutan untuk suami ketika saya hamil anak sulung. Saya baru muat naik dia media sosial.

“Saya dan suami belum ada perancangan nak tambah zuriat lagi. Lagipun anak sulung baru berusia tujuh bulan dan saya bersalin secara pembedahan.

“Jadi saya perlu berehat sekurang-kurangnya dua tahun. Tapi kalau ada rezeki timang zuriat lagi saya tidak menolak.

“Apapun doakan yang terbaik untuk keluarga kecil kami,” ujarnya ketika dihubungi wartawan Harian Metro.

Untuk makluman, Syifa dan Safawi berkahwin pada 28 November 2022.

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Saif Sulaiman yang kini berusia lapan bulan.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari