Selepas Dikecam Isu Muka Macam Tangmo, Video Isteri Shuk Petik Nama Ponteng Puasa Buat Netizen Menyirap!

Tindakan isteri pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih mesra dikenali sebagai Serra yang menghasilkan video memetik nama orang ponteng puasa menarik perhatian netizen.

Video dengan kapsyen ‘esok jangan ponteng puasa pula’ itu telah dimuat naik menerusi akaun Instagram Serra, sekaligus menarik perhatian orang ramai untuk bersuara.

Antara nama yang dipetik dalam video tersebut adalah Zul, Rafiq, Aidil, Paan dan ramai lagi.

“Sedap je fitnah orang, bulan puasa ni santai-santai je tak payah nak cakap bukan-bukan,” komen seorang netizen.

“Content tak sesuai kenapa nak kata orang tak puasa,” tulis seorang pengikut Serra.

“Hai, Shuk tak ada ke? Kemain petik nama orang lain,” komen seorang netizen.

Rata-rata mereka beranggapan video tersebut agak kurang manis untuk dihasilkan di bulan yang mulia ini dan ia boleh mendatangkan fitnah.

Terdahulu, Serra dikecam netizen apabila dia mengatakan wajahnya seiras pelakon Thailand, Tangmo.

Fatin Nurain