Hiburan By: Fatin Nurain February 20, 2023 @ 7:06pm

Selepas Dipuji Cantik Berhijab, Baby Shima Dituduh Jual Agama – “Semua Tak Kena”

Selepas tampil jelita mengenakan tudung di sebuah majlis sambutan Isra’ Mikraj baru-baru ini, penyanyi dangdut Baby Shima meluahkan rasa kesalnya apabila terdapat segelintir pihak mendakwanya sengaja menjual agama.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Shima sendiri menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, semalam.

Terdahulu, penampilan Shima yang manis dan cantik mengenakan tudung labuh itu dipuji ramai pihak serta mendapat doa yang baik-baik dalam kalangan warganet.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dalam perkongsian tersebut, Shima menyatakan rasa kesalnya apabila tindakannya mengenakan tudung tempoh hari dipertikai oleh sesetengah agamawan biarpun niatnya baik.

Malah, penyanyi itu juga turut berkongsi tangkap layar beberapa pihak yang menghamburkan kata-kata tohmahan sedemikian di media sosialnya.

“Kenapa banyak geng-geng PAS pertikai kan Shima bersopan? Pakcik ni adalah orang kuat PAS, tapi jahat nya mulut.. Haritu bising sebab Shima seksi, sekarang bising sebab Shima pakai sopan.. tak faham lah dengan geng-geng PAS ni.. semua tak kena,” tulisnya.

Selain itu, Shima turut menyatakan dia sedar akan hukum tidak menutup aurat, namun dia amat terkilan apabila usahanya untuk menghormati majlis agama disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

“Memang lah Shima ni belum bertutup aurat lagi. Tapi shima nak menghormati majlis agama. Memang lah Shima tau tak tutup aurat tu dosa. Tapi sampai hati pakcik PAS ni cakap Shima ikut kesesuaian majlis sebab jual agama.

“Salah ke Shima pakai sopan majlis tu pak cik? Ramai nya pertikaikan kenapa shima tutup aurat pada majlis isra mikraj hmmmmmm.. p/s: boleh ke FB Baby Shima kalau nak berkenalan dengan dia,” jelasnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 25 Mar 2020

Belum Selesai Pandemik Covid-19, Lelaki Di China Maut Akibat Hantavirus

Di saat pandemik Covid-19 semakin berkurang dan pulih di negara China, seorang lelaki telah meninggal dunia akibat virus lain iaitu Hantavirus.  Lelaki yang berasal daripada wilayah Yunnan itu dikhabarkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang

Trending Sun, 29 Dec 2019
Trending Sun, 1 Apr 2018

Going To KPOP Concerts Will Extend Your Life for Another 10 Years!

This is actual science and statistics speaking!

Trending Thu, 19 Apr 2018

Selepas 25 Tahun, Kumpulan KRU Akan Dibubarkan Bulan Depan. Girls! Jangan Nangis Ya

Kumpulan trio KRU akan dibubar bulan depan. Anda janganlah sedih.

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Featured Thu, 26 Jan 2023

Mohon Doa Peminat, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Tunai Umrah

Penyanyi terkenal, Zizi Kirana bersama suami, pelakon Yusuf Bahrin berangkat ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah.   View this post on Instagram   A post shared by KIRANA (@zizi_kirana) Menerusi hantaran Zizi di laman Instagram

Featured Tue, 9 Mar 2021
Trending Thu, 25 Jul 2019

Bahaya Penyakit Sinus, Muka Bengkak 3X Ganda

membengkak tiga hingga empat kali ganda saiz dari biasanya

| Live TV