Featured By: Aqilah Paharuzi May 15, 2022 @ 1:28pm

“Ada Artis Dah Berbunyi Bila Produksi Panggil Saya..” – Rita Rudaini Bidas Golongan Selebriti & Jelaskan Isu Tawaran Berlakon

Pelakon sensasi terkenal, Rita Rudaini yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana menolak suntikan vaksin COVID-19 menyelar tindakan netizen dan segelintir selebriti.

Rita menerima tohmahan teruk berhubung isu tawaran berlakon oleh Fadzil Teh yang telah tular sejak semalam di media sosial.

Susulan itu, Rita tampil membidas dakwaan netizen termasuk golongan selebriti yang mengecam dirinya atas isu tawaran tersebut.

Menurut Rita, perkara tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan kerana dia belum lagi menyatakan kata putus untuk menerima tawaran tersebut dan masih lagi dalam peringkat perbincangan.

“Sejak semalam viral bila producer @hj.zil up nak sistur shooting projek dia, ramai yang tak senang duduk nampak.

“Jangan risau, sistur masih belum bagi kata putus lagi. Masih dalam perbincangan,” tulisnya di Instagram Story miliknya pada Jumaat.

Menerusi hantaran yang lain, Rita turut menjawab dakwaan golongan selebriti tersebut yang takut dijangkiti wabak COVID-19 daripada dirinya.

“Nampaknya dah ada artis yang berbunyi apabila ada beberapa produksi cari saya.

“Awat? Takut kena Covid-19 dari saya yang tak vaksin katanya. Sebelum ini, dia kena Covid-19 di set dari siapa?

“Satu set kena daripada siapa? Bukankah sudah berdos-dos cucuk vaksin?

“Alhamdulillah, saya yang tak ada dos masih sihat dengan izin Allah SWT dan tak pernah kena setakat ini. Alhamdulillah.

“Hj Zil, bagi sahajalah watak saya itu kepada artis yang bising-bising itu. Mungkin baru akan senyap sikit,”katanya.


Dalam pada itu, Rita, 47, mendedahkan Hj Zil bukanlah orang pertama yang menawarkan peluang berlakon kepadanya.

“Kalau itu sudah tertulis rezeki saya, saya tak tolak rezeki dari Allah. Nak beritahu sikit kepada netizen-netizen yang panas punggung lagi busuk hati itu.

“Sebelum puasa pun dah ramai penerbit yang mesej ajak masuk semula set penggambaran tapi saya tolak cara baik.

“Sebab, saya ada benda lain yang perlu diselesaikan dan perlu diberi perhatian. Tak payah goyang lah dengan saya.

“Saya ini biasa-biasa saja bukan lawan engkau orang. Sebab itulah Tuhan selalu lindungi saya dan anak-anak dengan hadirkan orang yang baik-baik di sekeliling saya.

“Rupanya ramai yang busuk hati dengan saya. Percaya sahajalah dengan rezeki Allah SWT.

“Dia datangkan dari pelbagai sudut dan pelbagai rupa. Alhamdulillah atas nikmat-Nya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Feb 2021
Featured Mon, 25 Oct 2021
Featured Tue, 25 Oct 2022

Cantik Macam Anak Patung, Kecantikan Sharifah Husna Curi Tumpuan

Pelakon, Sharifah Husna Syed Feizal kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Halim Radzi yang juga merupakan seorang pelakon dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman Husna di Kajang, Selangor pada jumaat. […]

Hiburan Sat, 16 Feb 2019

Syukur! Azharina Keluar Hospital Selepas Empat Hari Di Wad

Semoga cepat sembuh Nina! Tak sabar nak tengok Nina di Konsert Azharina Queen Of Soul.

Trending Tue, 5 Nov 2019

5 November Hari Kesedaran Tsunami Sedunia

Memperingati Mangsa-Mangsa Bencana

Trending Hari Ini Sun, 7 Jun 2020
Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Belum Tiba Masanya Lagi – Anzalna

Menurut pelakon Anzalna Nasir, sukar untuk melepaskan potret Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Kaabah dan Madinah kepada individu yang berminat walaupun ditawarkan ribuan ringgit.. Mungkin masih belum tiba masa lagi….

Featured Tue, 23 Mar 2021

Neelofa, PU Riz Dikhabarkan Bakal Berkahwin Hujung Minggu Ini?

Sama sama kita tunggu kenyataan rasmi Neelofa😍

Trending Mon, 15 Jun 2020

Perhatian! Pengguna Kini Boleh Lapor Alat Imbas Suhu ‘Ciplak’

Ingat! Jangan ambil remeh perkara ni okay! #KitaJagaKita

error: Content is protected !!