Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 14, 2023 @ 5:33pm

Janna Nick Masih Menghidap Penyakit Bipolar, Tidak Lagi Bergantung Pada Ubat-Ubatan Gara-Gara…

Tahap kesihatan Pelakon Janna Nick yang menghidap penyakit bipolar masih sama meskipun sudah berkahwin sejak Jun lalu.

Menurut Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner, 28, dia memberitahu tidak lagi bergantung dengan ubat-ubatan atas faktor kerjaya sebagai pelakon.

Malah, dia mengambil pendekatan untuk mengawal penyakit itu sendirian tanpa melakukan pemeriksaan bulanan.

“Tahap kesihatan saya masih sama. Ada masa saya gembira, bertenaga, ada masa saya sedih, down dan agak kritikal.

“Keadaan masih sama sebab penyakit saya jenis sakit yang tidak boleh hilang sampai bila-bila. Cuma saya kena pandai kawal diri saya saja,” ujarnya.

Selain itu, isteri kepada pelakon Dini Schatzmann ini mengamalkan amalan hidup sihat bagi mengawasi dirinya.

“Sekarang saya tak makan ubat sebab tak sesuai dengan kerja saya. Saya dah tak ada buat pemeriksaan bulanan sebab saya kawal sendiri.

“Saya lebihkan exercise, pemakanan yang sihat dan pada masa sama saya lebih memahami penyakit saya,” jelasnya semasa ditemui di sidang media Teater Muzikal Kanak-Kanak Pak Pandir & Labu Ajaib, baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Mon, 12 Aug 2024

“Baton Telah Diserah, Teruskan Perjuangan, Shah Firdaus” – Azizulhasni Awang

‘Saya percaya Shah akan jauh lebih bagus dan boleh memberikan pencapaian jauh lebih cemerlang di LA2028 nanti ‘ – Datuk Azizulhasni Awang

Hiburan Thu, 13 Feb 2025
Hiburan Mon, 29 Jan 2018

JUN JI HYUN GIVES BIRTH TO SECOND BABY BOY

Famous Korean actress Jun Ji Hyun gave birth to a beautiful healthy baby

Featured Fri, 23 Jan 2026

Kenyataan S*ksi Tapi Tak Minum Arak Atau Menyund*l, Netizen Kecam Nadia Annuar

Sebahagian netizen berpendapat, berpakaian seksi adalah dilarang dalam ajaran Islam dan meninggalkan perkara yang ditegah merupakan sebahagian daripada tuntutan agama.

Trending Fri, 2 Mar 2018

Starbucks Collaborates With GSC for Buy 1 Free 1 Promo

Time to jio your friends and family for some coffee and movies because Starbucks is collaborating with GSC cinemas for a Buy 1 Free 1 promotion.

Trending Wed, 27 Feb 2019

Pelanggan gunting beg Louis Viutton gara-gara berang dengan petugas butik itu. 

Jangan pandang pelanggan berselipar tak ada duit! Awas ya!

error: Content is protected !!