Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom February 27, 2019 @ 11:00am

Pelanggan gunting beg Louis Viutton gara-gara berang dengan petugas butik itu. 

Gara-gara berang dengan layanan jurujual di sebuah cawangan butik mewah Louis Vuitton di ibu kota, seorang lelaki dikenali sebagai Zainal Abidin Awang, mengambil tindakan menggunting beg yang dibelinya di hadapan petugas butik berkenaan. 

Rakaman kejadian itu sempat dirakam penulis, Ismail Ariffin (Lepat). 

Dalam satu perkongian video yang dikongsi Lepat di laman Facebook, beliau dilihat merakam  tindakan Zainal yang juga kenalan Lepat, sedang menggunting beg kecil berjenama Louis Vuitton.

Video berkenaan menimbulkan tanda tanya netizen punca kejadian itu sehingga menyebabkan  Zainal sanggup menggunting beg mewah yang dibelinya.

Menerusi komen yang ditulis oleh Zainal dalam video berkenaan, beliau sangat kecewa kerana tidak dilayan dengan baik oleh staf di butik Louis Vuitton. 

Walaupun Lepat berambut panjang dan Zainal pula sekadar berselipar, staf butik berkenaan sepatutnya melayan semua pelanggan sama rata tanpa diskriminasi.

 

 

Zainal turut menulis tujuan mereka ke butik berkenaan adalah untuk membuat tag nama bagi beg yang dibelinya, baru-baru ini.

Selepas permintaan untuk menulis nama ditolak, Zainak meminta gunting dan menggunting beg dibelinya di depan staf berkenaan.

Mungkin bagi Zainal, kejadian itu adalah pengajaran untuk semua pihak supaya tidak mempandang rendah pelanggan dan melayan setiap pelanggan sama rata. 

Adakah anda pernah melalui perkara seperti ini di butik mewah atau mana-mana butik di Malaysia?

Sebagai makluman, beg hijau yang digalas Zainal dalam video adalah beg duffle edisi khas Louis Vuitton x Takashi Murakami yang bernilai sekitar USSD7,159 (RM21,120) di eBay!

 

Sumber: The Vocket

Sumber video: YouTube

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Sep 2025

“Lima Tahun Sudah Kekasihku” – Suami Titip Ucapan Romantis Buat Mira Filzah

Emir menyifatkan Mira sebagai anugerah terindah  dalam hidupnya.

Hiburan Sat, 18 Oct 2025
Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Featured Sun, 29 Jun 2025

Muat Naik Foto Hitam Putih, Kapsyen Aliff Aziz Curi Perhatian – “Benci Untuk Marah, Saya Ambil Masa 2 Tahun Setengah Untuk Bertenang”

Pelakon Alif Aziz mencuri perhatian selepas berkongsi foto menerusi platform media sosial miliknya baru-baru ini.

Hiburan Thu, 7 May 2026

“Nak Booking Slot Promo Pun Susah” – Aina Abdul Kongsi Kesukaran & Cabaran Promosi Lagu

individu terbabit berpendapat penampilan fesyen unik dan visual mewah semata-mata tidak lagi cukup untuk terus mengangkat jenama Aina dalam industri hiburan.

Hiburan Sat, 14 Sep 2024

Nur Fazura Kongsi Video Anak Ucap Ulang Tahun, ‘Birthday’ Kek Fattah Amin Curi Perhatian – “Ada Patung Fatima Dengan Daddy Saja… Mummy Mana?”

Ramai yang mendoakan agar rumah tangga Fazura dan Fattah Amin dapat diselamatkan daripada bercerai 😢🥹

Hiburan Sun, 14 Jul 2024

“Silap Dalam Penyampaian Harus Diperbaiki, Janganlah Hentam” – PU Riz

Haris mengakui masyarakat sekarang lebih peka mengenai ilmu agama.

Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Featured Wed, 9 Nov 2022
error: Content is protected !!