Hiburan By: Padin December 19, 2023 @ 7:15pm

“Selesai Sahaja Persembahan Sumpah, Telefon Macam Nak ‘Pecah’ Gara-Gara…” – Aina Abdul Hargai AJL & TV3

“Semuanya kerana Anugerah Juara Lagu (AJL) dan TV3. Memori penyertaan pertama saya di AJL34 pada 2020 akan dikenang sampai bila-bila.”

Begitulah komen penyanyi popular, Aina Abdul mengenai penglibatannya dalam acara berprestij AJL saban tahun.

Mula menyertai pentas keramat itu menerusi lagu Sumpah di AJL34 yang berlangsung pada 2020, Aina menggemparkan negara dengan busana berdarah yang mencetus kontroversi.

“Selepas tamatnya Mentor Legend pada awal 2015, saya mencari tapak untuk berkongsi bakat dalam arena muzik tanah air. Pelbagai cara saya lakukan namun ia kurang membuahkan hasil.

“Sehinggalah saya mula mengubah ‘direction’ muzik dan muncul dengan Sumpah pada 2019, perlahan-lahan bakat saya diterima ramai. Saya berterima kasih kepada peminat yang saban minggu mengundi lagu Sumpah sehingga ia layak ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 34.

“Saya berterima kasih kepada pihak juri, produksi dan TV3 kerana memilih lagu Sumpah untuk menyertai AJL34. Jika bukan kerana penyertaan Sumpah, sudah pastinya saya masih mencari tapak sehingga sekarang,” kata Aina ketika dihubungi XTRA.

Tambah pelantun lagu Imaji ini, usai malam AJL34 dengan kontroversi yang tercetus, ramai pihak membuka mata dan mengenali Aina dengan lebih dekat.

“Usai saja persembahan saya, telefon bagai nak ‘pecah’ dengan pelbagai notification. Semuanya gara-gara kontroversi baju berdarah. Bayangkan, pada malam itu, saya tak menang pun, tapi saya turut diundang ke sidang media AJL34 untuk memberi penjelasan mengenai isu terbabit kepada wartawan.

“Bermula saat itu, orang ramai mula mengenai Aina Abdul. Ramai yang mula mendengar muzik saya. Ramai yang mula buka mata. Saya akan sentiasa mengenang AJL dan TV3 atas peluang yang diberikan sehingga kini,” kata Aina.

Teruja dengan penyertaan di AJL38 dengan lagu Jangan Mati Rasa Itu, Aina sudah mempunyai perancangan untuk tampil dengan persembahan hangat yang memukau.

“Sudah pasti saya akan kekalkan signature Aina Abdul. Konsep persembahan sudah bermain di fikiran dan sedang saya bincangkan dengan team.

“Saya mahu tampil memukau dan berhempas pulas untuk memberikan terbaik demi Ainations yang selama ini menyokong. Saya akan berikan 200 peratus usaha bagi menyajikan persembahan terbaik,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Tiko Pilihan Hati Bunga Citra Lestari, Bakal Nikah 2 Disember Di Bali

Wah sama cantik, sama padan 😍 Congrats BCL!

Trending Wed, 3 Oct 2018

Al-Fatihah…Enam Anggota Bomba Lemas Ketika Operasi Menyelamat

Jurucakap Bomba Selangor berkata, kejadian dipercayai ketika mereka terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja berusia 17 tahun yang terjatuh di lombong berkenaan.

Hiburan Thu, 29 Nov 2018

Kecewa Tak Bergelar Finalis, Wany Hasrita Pasang Niat Masuk AJL 34

Kalau nak ikutkan, saya memang fobia nak sertai pertandingan sebegini tetapi saya perlu positif.

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Azharina Impi Trofi AJL-33

Siapa tahu kan tuah angka ke 33 tahun ini menyebelahi Nina tahun ini…

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

《2020 AIM中文音乐颁奖典礼》1214办造势活动!

《2020 AIM中文音乐颁奖典礼》1214办造势活动!曾潍山、刘界辉、车志立、小晴儿及陈势安将现身,力挺造势活动与粉丝近距离互动。

Hiburan Sun, 19 Jan 2020
Featured Tue, 4 Jan 2022

Wanita 60 Tahun Jadi Vlogger Makanan Untuk Menyara 2 Orang Anak OKU

Kasih seorang ibu tiada ganti, itulah ungkapan sesuai untuk digambarkan dengan kisah seorang wanita berusia 60 tahun di China yang menjadi vlogger masakan dan makanan. Menurut laporan South China Morning Post, seorang wanita yang menggelarkan […]