Selepas Setahun, Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah & Nama Puteri

Pelakon Miera Leyana buat pertama kalinya berkongsi foto wajah anak perempuannya selepas setahun.

Perkongsian foto sekeluarga yang dimuat naik di Instagram adalah sempena meraikan sambutan ulang tahun pertama puteri sulungnya dilahirkan pada 16 Mei tahun lalu.

Pada masa sama, Miera turut memperkenalkan nama anaknya sebagai Rachel Aisyah.

“Hey little queen, you are not an ordinary girl.

“You are born with the most divine blessings of Allah. I know one day you will make us proud and We will be the first one to clap for all your achievements and laurels.

“Happy 1st Birthday Rachel Aisyah,” tulis Miera.

Di ruangan komen, rakan-rakan artis turut memberi ucapan hari lahir buat anak Miera.

“Awhhh cutie pie. Happy birthday!,” tulis Anzalna Nasir.

“Awww… Happy Birthday to little Rachel Aisyah,” tulis Atikah Suhaime.

“Happy birthday Rachel Aisyah omeyyy ni,” tulis Riz Amin.

Miera dan suaminya, Rosland mendirikan rumah tangga pada 26 Julai 2020 dan dikurniakan cahaya mata pada tahun 2021.

Maya Basir