“Semoga Diberi Hidayah Allah” – Athira Yuhada Didakwa Ganggu Emosi, Kacau & Provokasi Nurul Shuhada

Sejak semalam kecoh mengenai berita pelakon Hafidz Roshdi menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu menerusi panggilan telefon di hadapan keluarga.

Berita tersebut turut disahkan oleh adik Shuhada yang dikenali sebagai Sofia semalam.

Bukan itu sahaja, memetik laporan BH Online, Sofia mendedahkan bahawa rumah tangga Hafidz dan Shuhada bermasalah sejak tahun lalu gara-gara gangguan orang ketiga iaitu Athira Yuhada.

“Jujurnya, konflik bermula sejak tahun lalu. Namun, Athira banyak mempengaruhi Shu dari segi emosi, kacau dan melakukan provokasi sejak akhir ini,” katanya.

Malah, kata Sofia, Hafidz dan Shuhada mula tinggal berasingan sejak minggu ini.

“Hafidz dan Shu tak duduk sebumbung, sejak minggu ini. Sebelum ini, masih boleh tinggal sekali.

“Kita doakan kebenaran untuk Shu dan anak-anaknya. Semoga Athira dan Hafidz diberikan hidayah oleh Allah,” ujar Sofia.

Artikel Berkaitan: Lafaz Talak Satu Menerusi Panggilan Telefon, Adik Ipar Sahkan Hafidz Roshdi Cerai Isteri

Artikel Berkaitan: “Perempuan Tak Tahu Malu” – Isteri Hafidz Roshdi Spill The Tea… Dakwa Suami Curang, Wujud Penyondol

Artikel Berkaitan: “Saya Mungkin Akan Memaafkan Tapi…” – Isteri Hafidz Roshdi Jawab Permohonan Maaf Athira Yuhada, Serah Semua Kepada Peguam

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Bersama Isteri, Hafidz Roshdi Buktikan Tiada Masalah Rumah Tangga?

Sumber: BH Online

Atiqah Johari