‘Semoga Ditempatkan Di Kalangan Orang Beriman’- Fattah Amin Sebak Kehilangan Datuk

Oleh: Zaara Talita

Aktor, Fattah Amin berkongsi khabar duka kehilangan datuk kesayangannya Jumaat lalu.

Pemergian atuknya itu memberi impak kepada Fattah yang juga cucu pertama sekali gus dan membawa bersama kenangan ketika zaman kecilnya dahulu.

“Maka dibawa bersama kenangan ketika kecil sering kali di bawa berjalan menaiki motosikal di belakang atuk untuk minum kopi.

“Kenangan duit raya dimasukkan terus ke dalam poket dan bukan sampul raya, selain dimanjakan kerana ‘cucu sulung’. Kenangan itu menghiasi memori indah ketika kecil dan akan terus terpahat pada hari mendatang, insya-Allah…

“Semoga pemergian datuk pada hari penghulu segala hari dimuliakan tempatnya dalam kalangan orang yang beriman. Amin,” luah Fattah.

Fattah membuat perkongsian itu di laman sosialnya semalam dan menerima ucapan takziah daripada rakan selebriti dan peminat.

Terdahulu, Fattah berkongsi kegembiraan menyambut kedatangan 1 Syawal bersama isterinya, Nur Fazura Sharifuddin dan keluarga di kampung halamannya di Bagan Datuk, Perak.

SGMS Faida