“Semoga Ini Menjadi Asbab Untuk Orang Luar Menerima Islam” – Mira Filzah Puji Qatar, Martabat Islam Sempena Piala Dunia

Selepas susur masa media sosial tular dengan bacaan Surah Al-Hujurat sebagai acara pembukaan pertandingan berprestij Piala Dunia 2022 yang dibacakan oleh Ghanim Al-Muftah yang juga merupakan pesakit Caudal Regression Syndrome (CRS) iaitu penyakit gangguan perkembangan pada bahagian bawah tubuh badan termasuk kecacatan punggung dan kaki, pelakon Mira Filzah antara selebriti yang memuji tuan rumah, Qatar kerana memartabatkan agama Islam dimata dunia.

 

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amira Filzah Badioezaman berkongsi mengenai rasa kagumnya itu menerusi hantaran di Instagram Stories (IGS) miliknya.

“Negara-negara Islam di dunia ni sangat kuat sebenarnya. Qatar, UAE, Kuwait kalau negara-negara Islam ni bergabung. Kekayaan mereka sahaja Masya-Allah.

“Kalau lah mereka jaga dan lindungi negara-negara Islam yang lain, pasti tiada kuasa luar yang berani menjajah.

“Tahniah Qatar untuk usaha yang sangat besar, memartabatkan negara Islam dan memperkenalkan Islam dengan cara yang sangat bersahaja,” tulisnya.

Menerusi hantaran berlainan pula, pelakon popular drama rantaian Pujaan Hati Kanda ini berharap pembukaan Piala Dunia 2022 yang berlangsung pada  20 November lalu menjadi asbab untuk orang luar lebih ramai menerima Islam.

“Allahuakbar, beautiful opening ceremony of world cup. Semoga ini menjadi asbab untuk orang luar sana lebih ramai yang menerima Islam. Buka mata dan hati tentang Islam,” katanya.

Untuk rekod, Qatar turut menguatkuasakan undang-undang dengan mengharamkan penjualan alkohol disemua lokasi acara bola sepak berlangsung.

 

Salma Syahbuddin