“Semoga Jadi Hamba Tuhan, Bukan Content” – Naim Daniel

Perkongsian terkini penyanyi dan pelakon, Naim Daniel mencuri perhatian selepas memuat naik status berbaur sindiran atau teguran.

Menerusi hantaran di media sosial miliknya itu, netizen berspekulasi dan beranggapan Naim seolah memberi ulasan peribadi mengenai isu hangat yang melibatkan content di Tanah Suci Makkah.

Ringkas dan pedas, pelantun lagu Sumpah ini berharap agar umat Islam menjadi hamba Yang Maha Esa, bukan pada content media sosial semata-mata.

“Semoga kita sentiasa menjadi hamba Tuhan. Bukan hamba content,” tulisnya.

Sebelum ini, Bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifi turut memberi ulasan beliau berhubung isu berkenaan menyatakan mencium Hajar Aswad jatuh haram sekiranya mengancam masalah dan keselamatan diri.

Malah, pelakon Ben Amir turut memberi respons isu sama juga mengatakan dia bersyukur tak pernah menjual agama demi duit dan content.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Niat Saya Nak Wujudkan Keberanian Pada Sahabat Untuk Datang Ke Makkah” – Dah Padam Video, Hafiz Mahamad Mohon Maaf

Artikel Berkaitan: “Setiap Hari Bersyukur Tak Jual Agama Demi Duit & Content” – Ben Amir

Artikel Berkaitan: “Hukum Mencium Hajar Aswad Jatuh Haram Sekiranya Membahayakan Keselamatan Diri” – Dr Zulkifli

Aqilah Paharuzi