Hiburan By: SGMS Faida August 2, 2019 @ 11:18am

Semoga Mabrur…Giliran Ashraf Muslim Pula Tunai Haji!

“Maafkan ayah sayang-sayangku. Ayah pergi sekejap saja. Kita jumpa nanti ya,” itu antara luahan pelakon, Ashraf Muslim buat isteri-isteri dan anak-anaknya sebelum berangkat menunaikan ibadah haji, hari ini.

“Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Dengan rasa rendah diri saya memohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat dan kenalan yang mengenal diri saya dan halalkan makan minum saya.

“Tepat jam 9 pagi ini bermulalah pengembaraan saya ke Tanah Suci selama 40 hari meninggalkan ahli keluarga dan sahabat serta harta benda sementara waktu untuk menjalankan tanggungjawab yang paling agung.

“Doakan saya supaya mendapat haji yang mabrur dan diberi kesihatan yang cukup di sana,” tulisnya.

Ashraf turut memohon doa semua supaya kedua isteri dan anak-anaknya sentiasa dilindungi Allah.

Dia juga amat berterima kasih kepada ayah, Muslim dan arwah ibu, Farilah Azil kerana kesungguhan mereka serta izin Allah, dia akhirnya dapat menunaikan haji.

“Sedih, hiba dan rindu semua ada waktu ini hanya Allah saja tahu. Tapi inilah yang dinamakan pengorbanan bukan saya saja perlu lakukan malah orang sekeliling yang menyayangiku,” tulisnya lagi.

Oleh: Endy Ashaari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Dec 2019

Rakam Di Abbey Road Studios, Kugiran Masdo Lancar Album Tahun Depan!

Semoga 2020 memberi kejayaan kepada Kugiran Masdo!

Featured Wed, 15 Dec 2021

“Ibu & Anak Terpisah Selama Dua Tahun” – Sebak… Lama Tanggung Rindu, Anak Beranikan Diri Tegur Wanita Serupa Ibunya! Rupa-Rupanya….

Sedar atau tidak, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu telah mengajar kita erti rindu. Tidak dinafikan, ada antara kita sedang menanggung rindu apabila sudah sekian lama terpisah dengan keluarga dan tidak dapat bersua muka. Kisah menyayat

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

BTS Will Finally Make Their Comeback on April 18th!

They’re also releasing another album. ARMYs are going crazy!

Hiburan Wed, 10 Jan 2018

LAWAK DOUBLE MEANING, DEPENDS! – SHUK

Bagi Shuk, apa yang cuba diketengahkan untuk persembahannya pada kali ini ialah lawak yang straight forward. Dan, beliau akan lebih sensitif terhadap isu lawak double meaning yang dianggap sebagai trademarknya itu.

Featured Thu, 25 Aug 2022

| Live TV